Jumaat, 5 Mei 2017

Mayat bergelimpang 3 maut .. kereta melayang ketika terbabas elak lori di Melaka pagi tadi (8Gambar)

Cheng : Kemalangan ngeri di hadapan Petron jalan Cheng Hight menghala Alor Gajah membabitkan sebuah kereta yang dipandu laju terbabas ketika cuba mengelak dari sebuah lori yang keluar simpang jalan.

Melalui rakaman CCTV, kereta yang dipandu laju itu terbabas dalam keadaan jalan yang basah selepas hujan, kereta yang dipandu tersebut melayang merempuah sebuah kereta Gen 3 sebelum terbalik dalam keadaan yang amat mengerikan.






Seorang wanita dan 2 lelaki maut ditempat kejadian, jasad mereka bergelimpangan akibat tercampak dari kereta yang melayang impak kemalangan terbabit, kereta jenis viva tersebut dinaiki 4 penumpang seorang dari mangsa yang terlibat dihantar ke Hospital.

Identiti ketiga-tiga mangsa yang maut masih belum dikenal pasti, punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib.

0 ulasan :

Catat Ulasan