Selasa, 2 Mei 2017

Luruh hati ibu lihat kereta Baba ..PDRM dakwa kematian Muhammad Wanndy belum sah (5Gambar)

KUALA LUMPUR : Luahan sayu seorang isteri yang mana suami nya telah terbunuh dalam serangan di Ma'dan Syria.
Dalam pada itu Polis tidak yakin ketua pengganas IS, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi maut.

"Kita tidak pasti mengenai laporan (berhubung kematiannya) dan kita masih memeriksa sekiranya dia benar-benar terbunuh.

"Mungkin ada sebab untuk dia mengatakan telah meninggal dunia. Kita tahu perkara ini," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.



Khalid mendedahkan polis telah bercakap dengan keluarga Muhammad Wanndy di Melaka berhubung perkara tersebut.

"Tetapi kita masih ragu-ragu," katanya tanpa mengulas lanjut.

Berita mengenai kematian Muhammad Wanndy tersebar berikutan kenyataan yang dikeluarkan isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, di Facebook pada Sabtu lalu.

Nor Mahmudah memberitahu suaminya mungkin terbunuh dalam serangan dron di Syria.

0 ulasan :

Catat Ulasan