Isnin, 24 April 2017

Meraung ratap jasad anak .. Kereta mereka remuk dirempuh bas di RNR Seremban (10Gambar)

SEREMBAN : Hancur luluh hati seorang ibu melihat jasad salah seorang anak nya terbujur kaku mana kala dua lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka dirempuh bas berhampiran RNR Seremban dalam kejadian pukul 7 malam tadi.

Berita Harian melaporkan seorang kanak-kanak maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban di Kilometer 271.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, malam ini. 

Difahamkan, dalam kejadian jam 7 malam itu, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. 









Dua lagi kanak-kanak dipercayai adiknya serta ibu dan bapanya, pula parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan. 

Sumber berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki lima beranak itu dirempuh dari belakang oleh sebuah bas. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Identiti keluarga terlibat masih belum dikenal pasti dan punca kejadian sebenar juga masih disiasat oleh pihak berwajib semoga keluarga ini tabah. Al fatihah 

0 ulasan :

Catat Ulasan