Jumaat, 7 April 2017

Meraung mintak tolong sebelum rentung terbakar .. Akim pergi mu sungguh tragis dihari jumaat barakah (8Gambar)

DUNGUN : Pergi mu di hari jumaat yang barakah, namun permergian mu dalam keadaan sungguh tragis, siksa nya diri mu diakhir hayat mu.
Akhbar melaporkan seorang penyelia ladang kelapa sawit maut dalam keadaan rentung di dalam kereta Perodua Kelisa dipandunya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 90, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi itu, Wan Abdul Hakim Wan Ahmad, 24, tersepit di tempat duduk pemandu rentung di dalam kereta itu yang terbakar sepenuhnya.






Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Mohd. Zailan Yaakob berkata, sewaktu kejadian, Wan Abdul Hakim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah dari bandar Dungun di sini.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa tiba-tiba terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori seberat 10 tan.
"Rempuhan itu menyebabkan kenderaan mangsa terseret sejauh hampir 20 meter sebelum terbakar," katanya.
Jenazah Akim akan dikebumikan petang ini selepas solat Asar, permergian Akim mengejutkan rakan-rakan nya ramai yang merasai kehilangan nya, arwah seorang yang sangat baik kata mereka. Al fatihah 

0 ulasan :

Catat Ulasan