Selasa, 4 April 2017

Isteri terkejut lihat suami nazak dengan tali dileher hembus nafas depan dirinya (5Gambar)



Kota Bharu : Seorang wanita amat terkejut apabila melihat suaminya yang berada dibilik tidur ditemui keadaan nazak dengan tali melilit lehernya dalam kejadian di Taman Perumahan Sri Nilam Kampung Tembesu, Pasir Tumboh.
Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Pejal ditemui dalam keadaan duduk bersimpuh oleh isterinya yang baru pulang daripada kerja pada 5.45 petang.
Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Nazir Hafiz, 26, berkata, isteri mangsa yang panik dengan kejadian itu menemuinya untuk meminta pertolongan.




"Saya dan seorang rakan kemudian bergegas ke rumah itu dan menemui mangsa dalam keadaan duduk dan tali yang melilit itu diikat di gril tingkap. Keadaannya sudah nazak ketika itu.
"Kami memeluknya sambil memotong tali dengan menggunakan pisau pemotong sayur.
"Penduduk lain juga menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, lelaki itu yang juga seorang mekanik baru sebulan menyewa rumah itu bersama isteri dan dua anak perempuan mereka.
Difahamkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

0 ulasan :

Catat Ulasan