Isnin, 24 April 2017

Doktor ambil tisu badan anak untuk ujian .. Saya terkilan kenapa buat tajuk maut tersedak susu (8Gambar)

Seremban: Seorang ibu yang baru kehilangan anak kecilnya akibat muka kebiruan hidung nya berdarah merasa terkilan apabila kematian anaknya dikatakan berpunca dari tersedak susu sedangkan doktor belum memberitahu lagi keputusan ujian kematian nya.
Tisu badan anak nya telah diambil untuk ujian bagi mengetahui punca sebenar kematian anak kecilnya itu, kata mereka lagi orang yang mati dah bertahun pun mereka boleh rungkai kematian nya dengan ujian tisu anggota badan.
Harian metro melaporkan kisah anak nya yang maut akibat tersedak susu “Biarpun sedih dengan pemergian arwah namun saya reda ketentuan Ilahi,” kata Nur Ain Abdullah, 24 yang kematian anak perempuannya berusia 42 hari akibat tersedak susu di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam.
Nur Ain berkata, pada 3.30 pagi dia terlebih dulu memberi susu badan kepada anaknya, Nur Izz Qaireen Mikayla Abdul Hadee sebelum tidur seketika.






“Sebaik bangun untuk ke tandas pada 4.30 pagi, saya dapati muka anak kebiruan, hidungnya berdarah dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, dia yang ketakutan memaklumkan suami, Abdul Hadee Abdul Kahar, 26 sebelum mereka membawa Nur Izz Qaireen ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.
“Bagaimanapun saya dikhabarkan berita menyedihkan sebaik doktor memaklumkan anak kedua kami meninggal dunia 5.45 pagi,” katanya.
Menurut Nur Ain, dia yang juga suri rumah tinggal di Putrajaya bersama suami dan pulang ke rumah keluarganya di daerah ini sempena cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong dan peristiwa Israk dan Mikraj.
“Sepatutnya kami pulang ke Putrajaya pada petang ini (semalam) berikutan suami yang juga juruteknik di Damansara, Selangor akan bertugas esok (hari ini). Namun, kami dikejutkan kejadian ini,” katanya.
Menurutnya, pemergian Nur Izz Qaireen menyedihkan ahli keluarga terutama anak sulung perempuannya yang kini berusia setahun lebih.
“Sebelum ini arwah pernah beberapa kali tersedak namun dapat dikawal. Ketika kejadian, saya bangun untuk menukarkan lampin namun dapati arwah tidak bergerak,” katanya.
Nur Ain berkata, perubahan ditunjukkan arwah sejak kelmarin apabila anaknya sering merengek dan tidak mahu menyusu.
Katanya, dia terlalu sedih tetapi reda dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, di sini sebelum Zuhur, semalam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu mangsa di Balai Polis Senawang, di sini, jam 7.10 pagi.
Katanya, kematian disebabkan tersedak susu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), apa pun punca kematian sebenar belum dikeluarkan oleh pihak hospital semoga keluarga ini tabah.

0 ulasan :

Catat Ulasan