Ahad, 30 April 2017

Maafkan mama sayang .. Percutian berdarah anak 3 tahun maut di rempuh van di Pasar Malam (4Gambar)

CAMERON HIGHLANDS : Mereka sekeluarga sedang bercuti dan berada dalam keadaan mood gembira membeli belah di Pasar Malam Golden Hill, namun tidak diduga itu lah detik hitam buat Puan Ynra Adnan dan suami Mustaffa Kamal.
Puan Ynra di kata kan bersama anak nya sedang memilih barang permainan di sebuah gerai di pasar malam itu sebelum di langgar van terbabit.
Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun maut manakala dua wanita cedera selepas dilanggar sebuah van yang merempuh beberapa buah gerai di Pasar Malam Golden Hill, Cameron Highlands, malam tadi.



Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A. Hamid  berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira  9.45 malam semasa kanak-kanak itu bersama-sama ibu bapa serta dua beradiknya sedang memilih barang permainan di sebuah gerai sebelum dilanggar kenderaan terbabit.
“Seorang peniaga lelaki berumur 30 tahun  yang mahu pulang daripada berniaga menekan pedal minyak kenderaannya dengan kuat supaya pelanggan memberi laluan kepadanya.
“Secara tiba-tiba van tersebut terus laju ke hadapan lalu melanggar beberapa buah gerai dan juga beberapa orang di pasar berkenaan termasuk si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasadid berkata, dua wanita yang mengalami patah kaki dan cedera di kepala masing-masing dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.
Katanya, pemandu van itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk siasatan.
Semoga Puan Ynra dan suami tabah dengan dugaan ini, kecuaian pemandu van terbabit menyebabkan anak mereka dijemput ajal semoga kes ini disiasat agar kematian anak mereka terbela. Al fatihah 

Saat ngeri tangan budak disedut masuk celah rim motosikal ibu nya ketika membonceng (6Gambar)

ALOR SETAR: Seorang budak lelaki yg berusia 7 tahun, yangg membonceng motosikal ibunya, mengalami patah tulang kiri selepas tangan kirinya tersepit di celah rim dan terjatuh dari motosikal akibat lengan bajunya terjerut ke celah rim. :'( 

Insiden ini berlaku pd jam lebih kurang pukul 1.45 petang ini dekat Simpang Kuala, Alor Setar.

Berita harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki patah tangan kiri selepas tersepit pada rim motosikal yang sedang dinaiki bersama ibunya di Jalan Simpang Kuala, dekat sini, petang tadi.

Mangsa yang berusia tujuh tahun membonceng motosikal bersama seorang wanita dipercayai ibunya kira-kira jam 1.50 petang.






Mangsa dikatakan terjatuh dari tempat duduk dan tangan kirinya tersepit di jejari rim motosikal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikejarkan ke lokasi untuk membantu selepas menerima panggilan jam 1.58 petang.

"Sebaik tiba, tangan mangsa yang tersepit pada rim sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan pihak kami segera memberikan bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Video saat ngeri itu telah berjaya dirakam, semoga adik tersebut cepat sembuh,pada ibu bapa moga ini dijadikan pengajaran pastikan lengan baju anak tidak terlalu labuh dari tangan nya bagi mengindarkan perkara ini dari berlaku ketika meunggang motosikal dengan anak.

Fared tidak stabil dan kritikal kini bertarung nyawa di ICU..doa kan Fared - Ibu (8Gambar)

Seorang remaja Fared Iskandar terlibat dalam kemalangan  kampung lambar labu pada 28 April lalu kini bertarung nyawa di ICU selepas dilakukan pembedahan betulkan tulang punggung dan put a cage BG mengelakkan pendarahan yg berterusan pada bahagian itu.

Dalam kejadian pada 28 April lalu Farid yang menunggang motosikal telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang mengakibatkan pendarahan yang teruk dari pinggang nya terutama bahagian punggung.

Mengikut ibu nya Noriza "  Farred Iskandar dikhuatiri akan terkena infection or jangkitan kuman...he is really not in stabil and good condition...saya mohon jasa baik semua dan doakan agar farred Iskandar dipermudahkan n diberikan kesembuhan...semoga doa anda semua dapat sedikit sbyk membantu...in Sya Allah. "






Ibu nya juga menyeru saksi kejadian tampil membantu nya bagi mengetahui punca sebenar kemalangan terbabit " 

Assalam semua...mohon sesiapa yg ada nampak n berada ditempat semasa kejadian anak Sya accident smlm wassap n bgtu Sya tentng kejadian semalam....Sya perlukan info tentang kejadian....harap tampil n bg info pada Sya yea...n pada semua yg membantu anak Sya smlm jutaan terima kasih Sya ucapkan..hanya Allah dapat membalas nya.. maaf andai Sya x dapat membalas msg n komen² kawan2 Sb Sya terlalu sibuk uruskan anak.... Keadaan terkini Farred masih lagi kritikal n mohon semua doakan agar segalanya dipermudahkan....ini semua Perancangan Allah... Saya redha...andai saya n anak ada buat kesalahan dengan sengaja atau tanpa sengaja saya mohon ampun dah maaf bg pihak saya n anak saya ..Farred Iskandar bin Amar Haidi....semua kekhilafan datang dari kami sndri....mohon doa agar Farred sembuh seperti sedia kala... Aamiin yra... " .

Info terbaru dari ibunya 13 jam lalu Fared kini di ICU tidak stabil dan kritikal "

Assalam semua..maaf KLU Sya x mnjwab panggilan atau msg dri anda semua...today is a hectic day..terlalu sibuk uruskan anak Fared Iskandar...dia masih tidak lagi stabil...mohon doakan kesembuhan dia n kip praying.. sya pun masih belum pulih sepenuhnya dri pembedahan sebelum ini. Apa pun terima kasih kepada semua yg mendoakan n menziarahi anak Sya..terima kasih yg x terhingga..update terkini..dia masih tidak stabil n kritikal..baru sahaja selesai menjalani pembedahan pelvic..sekarang sudah dipindahkan ke ward ICU tingkat 5 htj....pada sesiapa yg ingin menziarahi anak Sya bolehlah DTG esok tetapi hanya pada waktu melawat n diharap tidak menyentuh atau pegang ...takut terkena infection...Dia btul² kritikal n blm stabil..apa pun Sya redha n sentiasa berdoa agar ada keajaiban berlaku pada Farred...in Sya Allah..sekali lagi Sya ucapkan jutaan terima kasih pada anda semua yg byk bg sokongan pada Sya n anak... Serta doa² nya....in Sya Allah..... " 

Sama-sama kita doakan agar Farid terus kuat untuk menempuhi tempoh kritikal dan kembali pulih macambiasa, pada ibu nya yang amat sedih dengan apa yang berlaku semoga tabah.

Sabtu, 29 April 2017

Rehat lah dengan tenang mira .. Dia digilis bas parah dikepala ketika pulang dari menziarah keluarga nya (8Gambar)

MARANG : Amira seorang pelajar cermelang di UMT dia dalam perjalanan pulang ke Kampus nya setelah melawat keluarganya.

Apa yang berlaku kepada mira amat mengejutkan keluarga dan rakan-rakan nya pemergian Amira dengan tragis mengundang pilu.






Masih lagi terkesan dengan pemergian rakan sekolah petang semalam. Walaupun tak rapat, tapi kematian arwah sangat memberi kesan pada diriku. Dari malam sampai ke pagi duk teringat dan mikir. Banyak buat diri ini muhasabah😭
Mungkin cara meninggal agak tragis. Tapi itu pada akalan kita. Sungguh tenang aku lihat cara arwah pergi, dari segi kedudukan arwah mase meninggal. Allah sangat2 pelihara aurat arwah. Allahu moga pengakhiranku juga tenang
Memikirkan sakit saat sakaratulmaut itu sahaja sudah cukup buat jantung rasa nak tercabut. Inikan pula memikirkan seksa kubur dan alam akhirat
Sejauh mana langkah ku disana
Aku melupakan Mu

Seluas mana Kau beri padaku
Masih ku angkuh padaMu

Allahu.. Tolong hadiahkan Al Fatihah untuk rakan sekolah Mira, Amira Farhana Abd Rahman . Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan diterima amal ibadahnya. Amin
Tq yang tolong mendoakan. Semoga Allah membalas jasa kalian. -Mierah Pok Dik

Kosmo melaporkan Seorang penuntut wanita Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dalam perjalanan pulang ke kampus menunggang motosikal, maut setelah digilis sebuah bas di KM15, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rhu Rendang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang itu mangsa Amira Farhana Abdul Rahman, 24, dikatakan gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya, apabila tiba di persimpangan lampu isyarat lalu terjatuh sebelum digilis bas tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Penguat kuasaan Trafik Negeri Superitenden Abd. Razak Hasan ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan menurutnya mangsa meninggal di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala.
Tambahnya, mayat pelajar jurusan Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat. 
Jenazah Mira selamat disemadikan semoga roh nya dicucuri rahmat bersama insan-insan yang diredhai Allah. Al fatihah 

Selasa, 25 April 2017

Adik Thaqif tenat, keluarga berkumpul baca kan Yasin .. dia kini bertarung nyawa (6Gambar)

JOHOR BAHRU : Pembedahan memotong tangan adik Thaqif dijadualkan berlangsung pagi ini, namun tengahari tadi ibu adik Thaqif memberitahu melalui laman sosial nya pembedahan itu terpaksa ditangguh kan kerana kesihatan adik Thaqif amat membimbangkan dia kini tenat.

Keluarga nya kini berkumpul untuk membaca yasin memohon kepada yang maha esa agar adik Thaqif terus kuat dia kini tenat dan bertarung nyawa melawan sakitnya.

Sinar Harian melaporkan Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya.





Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini. 

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas  tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

“Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong,” katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11,  sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuang darah beku, beberapa hari kemudian.

Semoga keluarga adik Thaqif  terus tabah dengan dugaan ini amat perit melihat anak ke sayangan yang kini lemah tak bermaya semoga adik Thaqif terus kuat 

Ajal pulang bertugas ajib terbujur kaku dijalanraya..foto terakhir undang pilu(10Gambar)

Durian Tunggal : Biasa dia lah penyelamat bertugas bersama rakan-rakan sekerja di Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin kini jasad nya terbujur kaku di selamatkan rakan-rakan akibat kemalangan jalan raya, Allah lebih sayang kan nya dia pergi buat selamanya.

Mohd Najib Bin Jabar telah terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika pulang dari bertugas jam 0800 malam tadi, Kemalangan berlaku di Jalan Bukit Tambun Durian Tunggal, Mangsa Meninggal Dunia dilokasi Kejadian akibat kecederaan parah yang dihadapi nya impak kemalangan.







Jenazah PBB Mohd Najib Masih Dihospital Alor Gajah dan akan dibawa pulang ke kampung halamannya pagi ini Beralamat Batu 2 Limbongan Melaka.

Foto terakhir arwah bersama-sama rakan setugas undang pilu sahabat-sahabat arwah, arwah merupakan seorang anggota yang disenangi ramai.

Semoga keluarga arwah tabah, punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, semoga roh arwah tenang disana. Al fatihah 

Isnin, 24 April 2017

Doktor ambil tisu badan anak untuk ujian .. Saya terkilan kenapa buat tajuk maut tersedak susu (8Gambar)

Seremban: Seorang ibu yang baru kehilangan anak kecilnya akibat muka kebiruan hidung nya berdarah merasa terkilan apabila kematian anaknya dikatakan berpunca dari tersedak susu sedangkan doktor belum memberitahu lagi keputusan ujian kematian nya.
Tisu badan anak nya telah diambil untuk ujian bagi mengetahui punca sebenar kematian anak kecilnya itu, kata mereka lagi orang yang mati dah bertahun pun mereka boleh rungkai kematian nya dengan ujian tisu anggota badan.
Harian metro melaporkan kisah anak nya yang maut akibat tersedak susu “Biarpun sedih dengan pemergian arwah namun saya reda ketentuan Ilahi,” kata Nur Ain Abdullah, 24 yang kematian anak perempuannya berusia 42 hari akibat tersedak susu di sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam.
Nur Ain berkata, pada 3.30 pagi dia terlebih dulu memberi susu badan kepada anaknya, Nur Izz Qaireen Mikayla Abdul Hadee sebelum tidur seketika.






“Sebaik bangun untuk ke tandas pada 4.30 pagi, saya dapati muka anak kebiruan, hidungnya berdarah dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Menurutnya, dia yang ketakutan memaklumkan suami, Abdul Hadee Abdul Kahar, 26 sebelum mereka membawa Nur Izz Qaireen ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.
“Bagaimanapun saya dikhabarkan berita menyedihkan sebaik doktor memaklumkan anak kedua kami meninggal dunia 5.45 pagi,” katanya.
Menurut Nur Ain, dia yang juga suri rumah tinggal di Putrajaya bersama suami dan pulang ke rumah keluarganya di daerah ini sempena cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong dan peristiwa Israk dan Mikraj.
“Sepatutnya kami pulang ke Putrajaya pada petang ini (semalam) berikutan suami yang juga juruteknik di Damansara, Selangor akan bertugas esok (hari ini). Namun, kami dikejutkan kejadian ini,” katanya.
Menurutnya, pemergian Nur Izz Qaireen menyedihkan ahli keluarga terutama anak sulung perempuannya yang kini berusia setahun lebih.
“Sebelum ini arwah pernah beberapa kali tersedak namun dapat dikawal. Ketika kejadian, saya bangun untuk menukarkan lampin namun dapati arwah tidak bergerak,” katanya.
Nur Ain berkata, perubahan ditunjukkan arwah sejak kelmarin apabila anaknya sering merengek dan tidak mahu menyusu.
Katanya, dia terlalu sedih tetapi reda dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, di sini sebelum Zuhur, semalam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu mangsa di Balai Polis Senawang, di sini, jam 7.10 pagi.
Katanya, kematian disebabkan tersedak susu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), apa pun punca kematian sebenar belum dikeluarkan oleh pihak hospital semoga keluarga ini tabah.