Isnin, 27 Mac 2017

Ya Allah macam ni dugaan bagi aku .. Status terakhir ibu tunggal ini undang pilu (8Gambar)

BUTTERWORTH : Norazah seorang yang periang dan amat disenangi rakan-rakan, walaupun diriny berstatus ibu tunggal tidak mematahkan semangat nya untuk terus berdikari menempuhi kehidupan sehariannya.

Namun semenjak akhir-akhir ini sahaja status dilaman sosial nya setiasa memaparkan kesedihan sehingga lah status terakhirnya sebelum pergi buat selamanya.

Keluarga kepada ibu tunggal yang maut dalam kejadian bas ekspres terbabas dan terbalik di Km152, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Bukit Tambun, dekat sini pada Isnin terkejut dan tidak menyangka mangsa menaiki bas berkenaan.

Abang sulung mangsa, Mohd Ridzuan Azizan, 34, berkata beliau hanya mengetahui Norazah Azizan, 29, terlibat dalam kemalangan itu selepas ibu mereka, Zainab Jusoh, 55, menghubunginya pagi ini.

"Sebaik mengetahui kejadian itu, saya terus bergegas ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk membuat pengecaman.







"Arwah adik ke Kuala Lumpur bersama rakan untuk menghadiri kenduri kahwin kawannya. Dia langsung tidak beritahu bila akan balik sebab itu kami terkejut," kata Mohd Ridzuan, seorang askar, ketika ditemui pemberita di bahagian forensik HSJ, di sini Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi tadi, enam cedera parah dan 14 cedera ringan.

Katanya, mereka sekeluarga redha dengan kejadian yang menimpa Norazah, anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dan berharap pemandu bas berkenaan dikenakan tindakan undang-undang setimpal.

"Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kami hanya mengetahui dia hendak ke Kuala Lumpur sebelum Norazah hendak menaiki bas ekspres pada Khamis," kata Mohd Ridzuan.

Jenazah Norazah dibawa balik ke kampung halamannya dan dikebumikan di Kampung Gajah, Pendang, Kedah, Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abd Samad berkata siasatan berhubung kemalangan itu telah siap dan pemandu bas berusia 40 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Jawi esok.

Katanya siasatan lanjut juga mendapati kemalangan itu berlaku selepas pemandu bas berkenaan cuba mengelak seekor anjing melintas di lebuhraya berkenaan. Al fatihah 

0 ulasan :

Catat Ulasan