Ahad, 12 Mac 2017

Tragis ..Kutip jasad wanita dan anak .. wanita mengadung digilis bayi terkelur dari rahim (6Gambar)

Tragis Itu perkataan yang boleh dikatakan bagi menggambarkan betapa tragiknya kematian seorang wanita yang sarat mengandung di Saraburi, Thailand, baru-baru ini.

Dalam kejadian dua hari lalu wanita yang sedang sarat mengandung lapan bulan itu menunggang motosikal bersama suaminya sebelum mereka digilis sebuah lori.
Akibat gilisan itu, wanita itu maut serta merta di tempat kejadian dan tubuh badannya dilaporkan hancur dari bahagian kepala hingga ke bahagian pinggang.
Malah, janin bayi yang dikandungnya juga turut tercampak keluar dari rahimnya sejauh lima meter.




Memetik E-Berita, suaminya yang cedera parah di bahagian kaki dan dada meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.
Pemandu lori berusia 50 tahun itu kemudiannya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Dalam soal siasat, suspek, Wang Qing berkata motor mangsa terjatuh dan masuk ke bawah tayar lori bahagian belakang menyebabkannya dia tidak perasan telah menggilis pasangan tersebut. 

0 ulasan :

Catat Ulasan