Selasa, 28 Mac 2017

Suhu badannya mencecah 39 hingga 40 darjah .. isteri Shukri Yahya terkena kencing tikus (4Gambar)

KUALA LUMPUR : Isteri pelakon popular, Shukri Yahaya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan terpaksa ditahan dalam wad sebuah hospital swasta di ibu kota apabila disahkan dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus hari ini.
Siti Nurfatihah atau lebih dikenali sebagai Tya,25, mengalami demam berterusan sejak 10 hari lalu namun penyakit itu tidak dapat dikesan apabila dirujuk di klinik biasa.
“Dalam tempoh 10 hari itu, ada hari yang dia sihat namun apabila diserang demam, suhu badannya mencecah 39 hingga 40 darjah celcius dan badan akan menggigil menjelang malam.
“Apabila badan Tya mula sakit-sakit dan dinaiki bintik-bintik merah, kami terus ke hospital dan melakukan ujian darah sebelum doktor mengesahkan dia mengalami simptom penyakit kencing tikus,” kata Shukri ketika hari ini.


Tambah pelakon Dia Isteri Luar Biasa itu lagi, keadaan isterinya kini semakin pulih namun masih perlu berehat di hospital selama lima hari lagi untuk memastikan tahap kesihatannya benar-benar stabil.
Shukri turut melahirkan rasa syukur kerana virus yang boleh membawa maut itu tidak sempat menjangkiti darah atau mana-mana organ penting di dalam tubuh isterinya.
“Alhamdulillah. Syukur juga sekarang jadual penggambaran saya tidak padat dan mempunyai masa untuk menjaganya di hospital pada waktu malam.
“Sementara Tya berada di hospital, anak kami, Aaira Ameena,tujuh bulan, dijaga oleh ibu saya, Ruhaini Malek,” katanya lagi.
Pada tahun 2012, penyanyi, Izwan Pilus, telah meninggal dunia akibat diserang kencing tikus selepas mengalami demam panas selama dua minggu. Pelawak terkenal, Din Beramboi yang meninggal dunia pada 2010 juga disebabkan oleh penyakit sama.

0 ulasan :

Catat Ulasan