Selasa, 7 Mac 2017

Sayu : Selamat tinggal abang .. kamu abang istimewa tenang wajah mu menghadap ilahi (8Gambar)

Semenyih: Arwah Izzaq meupakan seorang abang yang sangat baik sentiasa berjemaah disurau dia adalah insan istimewa dalam keluarga kami, luahan sayu adik arwah Izzaq yang maut kemalangan kereta dinaiki mereka dirempuh lori.
Mengikut Izzaq Syazril Adzim turut maut dalam kemalangan tersebut adalah bapa saudara mereka.
Harian Metro melaporkan “Selepas solat Isyak semalam (kelmarin), arwah Izzaq bersalaman dan berpelukan dengan semua jemaah di surau. Tidak sangka itu membawa petanda dia akan pergi selamanya,” kata Setiausaha Surau An Nur Taman Pelangi Semenyih, Johari Musa, 48.






Dalam kejadian jam 10.40 pagi, Izzaq Syameer Ifwan Suhaimi, 26, dan bapa saudaranya Sha’ari Nuruddin, 63, maut selepas Perodua Viva dinaiki mereka dirempuh lori di persimpangan lampu isyarat, Jalan Utama Pelangi Semenyih 2, di sini.
Difahamkan, ketika kejadian kereta dipandu adik arwah, Nur Irene Ashweena Suhaimi, 24, dalam perjalanan mengambil adik mereka dari sekolah agama berhampiran.
Johari berkata, dia dan ahli jawatankuasa surau terkejut selepas menerima perkhabaran arwah maut bersama bapa saudaranya kerana terbabit dalam kemalangan pagi semalam.
“Arwah Izzaq Syameer sangat dikenali di kawasan perumahan ini dan dianggap penghibur kepada jemaah surau berikutan sifat peramahnya.
“Kehilangannya amat dirasai kami selepas ini. Semua jemaah surau membantu menguruskan jenazah Izzaq serta bapa saudaranya.
“Seramai 15 ahli kariah surau memandikan kedua-dua jenazah sebelum dibawa ke Surau An Nur untuk disolatkan seterusnya dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Kampung Rinching Hulu,” katanya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, di sini, petang semalam.
Katanya, arwah Izzaq Syameer yang juga orang kelainan upaya (OKU) sindrom Down tidak pernah tinggal solat berjemaah di surau.
Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati suasana sedih menyelubungi pekarangan hospital berkenaan apabila ahli keluarga, saudara kenalan hadir menziarahi mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, ada saksi melihat lori berkenaan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah lalu melanggar Perodua Viva yang sedang membelok.
“Pemandu lori itu bagaimanapun tidak berada di lokasi kejadian. Seorang lagi mangsa dilaporkan parah dan menerima rawatan di Hospital Kajang,” katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 ulasan :

Catat Ulasan