Ahad, 5 Mac 2017

Sayu : Rehat lah dengan tenang sayang .. Koperal Fadzli maut motosikal dilanggar lari (5Gambar)

Seremban : Koperal fadzli insan yang amat disenangi rakan-rakan, hobi beliau di masa lapang adalah memancing, melalui laman sosialnya pun gambar arwah di atas bot di Sungai Pahang di Termeloh memancing.
Permergian nya amat dirasai oleh sahabat baik arwah, tidak disangka arwah maut dalam kemalangan jalan raya dan mungkin dilanggar lari.
Arwah meninggalkan isteri yang merupakan seorang guru semoga isteri nya tabah sayu luahan isteri arwah dilaman sosialnya.

Arwah terlalu baik, dan terlalu baik,, dan tak pernah marah,,, walaup bz sekalipun, arwah tetap utamakan kawan2,tetap dahulukan kawan2, muka sentiasa senyum,,, semoga isteri dan keluarga arwah d sarawak bersabar dan tabah dgn ujian ini,,, al-fatihah,,, (org yg baik allah pinjamkn sekejap)- Monica Dorhat

Kehilangan Seorang sahabat yang sentiasa tersenyum siapa sahaja yang melihat rasa senang dengan senyumanya yang ikhlas...damailah engkau di sana Allah lebih menyayangimu...kepada keluarga beliau semoga bersabar dan berdoa semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman -Ozeath Mandial

Harian Metro Anggota polis maut dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran Senawang, di sini, semalam.
Lans Koperal Mohamad Fadzli Abdul Hamid, 33, anggota Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar, Johor, meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah, Melaka.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, dalam kejadian 4.25 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terbabit kemalangan dengan kereta.
"Ketika kejadian cuaca hujan dan jalan licin.
"Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis memohon kerjasama orang awam yang melihat kejadian agar tampil memberikan maklumat," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  Pagi ini jenazah akan dimandikan di hospital alor gajah  dan akan dibawa pulang arwah ke Sarawak.

0 ulasan :

Catat Ulasan