Rabu, 1 Mac 2017

Sayu : Pergi lah dengan tenang ayah .. Datuk Jins hembus nafas terakhir 5.30 petang di Klinik Idham, Taman Melawati (3Gambar)

KUALA LUMPUR : Jins dah tak ada, petang tadi Datuk Jins telah dijemput ilahi, pergi nya seorang bintang tanahair yang tiada tolak bandingnya.
Seniman tersohor Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin disahkan meninggal dunia pukul 5.45 petang tadi di Klinik Idham, Taman Melawati, Hulu Kelang.
Berita kematian Jins disahkan sendiri oleh anak bongsunya Putera Hang Nadim.
“Ya, ayah saya sudah tiada. Saya sekarang sedang menunggu jenazah untuk dibawa pulang ke rumah,” jelas Hang Nadim, 26, ketika dihubungi Kosmo!.
Sebelum ini, tokoh perfileman filem Melayu sejak zaman Jalan Ampas, Singapura itu menghidap penyakit Alzheimer sejak 2011.
Allahyarham meninggalkan balu, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, serta anak-anak Hang Jebat, 30, Hang Nadim dan Hang Tuah @ Shazrin, 43, hasil perkahwinan beliau dengan seorang wanita bernama Jamilah. Jins turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Jefri Jins, 55, menerusi perkahwinan pertama dengan pelakon, Rahmah Rahmat. Al fatihah

0 ulasan :

Catat Ulasan