Selasa, 7 Mac 2017

Sayu : Papa Papa Papa .. 3 tahun berlalu Papa Muhammad hilang bersama MH370 (6Gambar)

KUALA LUMPUR: Sebak rasa nya hati tiga tahun sudah berlalu, tetapi Intan Maizura masih meratapi kehilangan kekasih hidupnya, ditemani anak mereka yang tidak sempat didukung ayahnya.
Intan Maizura Othman sarat mengandung apabila penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang bersama suaminya, Mohd Hazrin Hasnan dan 238 penumpang yang lain.
Kini, Muhammad, anak yang dikandungnya, bakal menyambut hari jadi ke-3.
Anak kecil itu tidak sempat melihat wajah ayahnya dan apabila pihak berkuasa mengisytiharkan secara rasmi semua penumpang pesawat Boeing 777 terbunuh, kemugkinan itu juga terkubur.
“Dia berusia 10 atau 11 bulan bila perkataan pertama keluar dari mulutnya. ‘Papa’,” kata Intan kepada FMT.




“Saya tunjukkan gambar ayahnya dan itu yang keluar dari mulutnya. Kami tak beritahu pun lelaki dalam gambar itu ayahnya.
“Kuasa Tuhan, kan?” kata Intan kepada FMT.
Hari ini masuk 3 tahun sejak kehilangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing. Suami Intan pramugara dalam penerbangan itu.
Kehilangan yang membingungkan itu membawa kepada pencarian meliputi ribuan kilometer di dasar Lautan Hindi selatan, dan ratusan juga dolar. Bagaimanapun kedudukan pesawat itu masih menjadi persoalan, dan tergantung tanpa petunjuk baharu awal tahun ini.
Remuk hati Intan mendengar berita itu.
Walaupun beliau menerima hakikat suaminya kembali ke pangkuan Ilahi, beliau masih mendoakan jawapan walaupun hanya untuk menutup babak ini dan untuk anak-anaknya, termasuk Iman yang kini berusia 8 tahun.
“Kadang-kadang Iman akan bertanyakan ayahnya. Selalu dia tanya bila dapat jumpa.
“Saya jawab mungkin suatu hari nanti, kalau Iman selalu berdoa dan jadi orang baik,” kata Intan.
Intan berkata, sepanjang perjalanan sukarnya sebagai ibu tunggal, keluarga dan mertuanya menjadi tonggak kekuatan.
Intan tidak lagi menangis sekerap 2 tahun pertama selepas tragedi itu, tetapi kehilangan kekasih hidupnya masih dirasai.
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Terutamanya anak lelaki kami, walaupun dia baru berusia 2 tahun. Dia sangat peka.
“Bila dia terdengar saya menangis, dia akan datang tengok keadaan saya dan tanya kenapa saya menangis.
“Walaupun sebenarnya saya selsema,” katanya tertawa kecil, cuba melegakan nada yang muram.
“Kalau dia membesar menjadi seperti ayahnya, Alhamdulillah.”
Masih ingat Intan akan kata-kata terakhir Hazrin kepadanya: “Aku mencintaimu.” semoga Puan terus tabah untuk tempuhi kehidupan bersama anak-anak tersayang.

0 ulasan :

Catat Ulasan