Jumaat, 3 Mac 2017

Sayu : Musibah menjelang hari bahagia 19 March .. Bakal pengantin terlibat kemalangan ngeri (5Gambar)

Langkawi : Seorang lelaki kritikal apabila motosikal yang ditunggangnya  terlibat dalam kemalangan di Selekoh Pemandangan Indah Langkawi dalam kejadian pukul 5.30 setengah petang itu.

Motosikal mangsa dikatakan dilanggar oleh sebuah  kereta Proton Iswara Aeroback lalu tercampak ke dalam longkang dan mangsa berada didalam keadaan kritikal.

Mangsa dikenali dengan nama syam seorang pekerja di salah sebuah hotel terkenal di Langkawi, apa yang paling menyedihkan syam bakal melangsungkan perkahwinannya pada 19 Mac 2017 ini bersama pilihan hatinya bernama Izzati.




Kad jemputan telah diedar segala persiapan telah diatur,namun tidak sangka musibah menimpa syam menjelang hari bahagianya.

Mangsa berada keadaan kritikal dan sudah pun dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan selanjutnya, punca kejadian sebenar masih disiasat oleh pihak berwajib.

Sama-sama kita doakan syam cepat sembuh dan dapat meraikan hari bahagianya, pada izzati bakal isteri syam semoga tabah menghadapi dugaan ini.

0 ulasan :

Catat Ulasan