Rabu, 1 Mac 2017

Sayu : Demi selamatkan ibu saya sanggup putus tangan .. Penyamun tetak anak lepas gagal samun ibu (5Gambar)

KUALA LANGAT : Tapak tangan Shafiq terbelah ditetak penyamun ketika cuba selamatkan ibu nya jadi mangsa rompak penyamun terbabit.
Tindakan nekad seorang juruteknik melawan tiga penjenayah bersenjatakan parang berjaya menyelamatkan ibunya daripada disamun dalam kejadian di Taman Seri Medan, Teluk Panglima Garang di sini semalam.
Bagaimanapun, kejadian pukul 11.30 pagi itu menyebabkan Muhamad Shafiq Hisham, 26, cedera di tapak tangan kanan akibat ditetak.



Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila ibu mangsa berusia 49 tahun sedang menyidai kain di belakang rumahnya.
Katanya, tiga lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha RXZ dan LC 135 kemudian telah berhenti berdekatan mangsa.
“Salah seorang suspek kemudian meluru ke arah wanita itu sebelum merentap bajunya. Mangsa yang cuba melawan kemudian telah ditendang oleh suspek hingga terjatuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

0 ulasan :

Catat Ulasan