Rabu, 1 Mac 2017

Sayu : Badan berkecai di seret kereta .. Ajal tragis penunggang motosikal 6.30 pagi (5Gambar)

PORT DICKSON : Seorang penunggang motosikal maut dengan tragis digilis dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan, termasuk satu daripadanya terbakar di Kilometer 21.1 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini, hari ini. 

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala yang mana separuh jasad nya berkecai, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.



Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohamad Gadafi, berkata pihaknya difahamkan penunggang terbabit yang menuju ke arah Seremban, tercampak ke tengah jalan selepas sebuah kereta di laluan sama terbabas dan melanggarnya.

"Dia kemudian digilis sebuah kereta yang tidak sempat mengelak. Kereta itu turut melanggar motosikal penunggang itu dan kedua-dua kenderaan terbakar sejurus kejadian, namun pemandu kereta itu sempat keluar menyelamatkan diri," katanya di sini, hari ini. 


Menurutnya, dua kenderaan lain turut mengalami kerosakan dipercayai akibat cuba mengelak daripada merempuh motosikal dan kereta yang terbakar itu. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. Al fatihah 

0 ulasan :

Catat Ulasan