Isnin, 6 Mac 2017

Sayu : Ayat dia ini buat Netizen marah.. Punca gadis ini mahu bunuh diri terjun jambatan Kuala Kurau (4Gambar)

Parit Buntar : Apa yang dilakukan gadis ini menjadi kutukan dan kemarahan Netizen dilaman sosial, ini ayatnya " frust bercinta dengan lelaki dia sanggup ingin mati " dengan ambil keputusan mahu terjun jambatan.
Kata Netizen cetek sungguh akal nya ini lagi komen pada gadis ini sebagai pengajaran pada semua diluar sana.

Pasal pa we nak bunuh diri, hebat sgt ka jantan tu, sampai nak korban kan nyawa. lebih baik berkorban utk ibu bapa. lebih mulia, pahala besar menanti -fisol Shon
Mnde laa...skolah pon x abes lg....byk lg bnde nk dharungi...ensem sngt k pkwe ko tuh...abeskn bljar dulu....bls jasa n pikir org tuamu dulu bru pikir psl org lain...penat2 org tuamu kasi besar sbb llki kau snggup ilng nyawa....kesiannngg-Mohamad Dasuki 
Kesian Mak Bapak kau nak oi. Dpt malu satu dunia sbb kes dh jd viral. Org yg post pon, tak tutopkn muka Mak kau. Habis semua org yg tak kenal pon, jd kenal. Besok2 Mak kau nak pegi pasar pon, org tegur sbb dh kenal muka dh viral, kes ank nak bunoh diri terjun jambatan. Tp itu ler, nak salahkn kau pon tak bolih jgk. Mana ler tau pakwe dh 'pakai', tp tak nak t/jwb. Maruah dh hilang. Sedeh pulak tgk ank bangsa aku jd camnih. Jaga ler ank masing2, bg nasehat selalu, jgn biarkn jer ank2 buat sesuka hati. Biar dier menangis, jgn kita menangis-Norshiela Ahmad Ghazali
Harian Metro melaporkan anggota bomba berjaya memujuk perempuan yang cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Kuala Kurau, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa berusia 18 tahun cuba terjun dari jambatan berkenaan sebelum tindakannya itu disedari anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melalui kawasan itu.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, anggota JPJ berkenaan kemudiannya cuba memujuk mangsa namun tidak berjaya sebelum menghubungi bomba.
Katanya, anggota bomba yang tiba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk remaja perempuan berkenaan.
"Remaja perempuan yang berjaya dipujuk itu kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya sebelum operasi ditamatkan pada 7.47 malam," katanya.

0 ulasan :

Catat Ulasan