Rabu, 1 Mac 2017

Sayu : Arwah sihat sebelum minum petang ini makanan terakhir nya ... Arwah tercekik lalu muntah terus terkulai (4Gambar)

KUALA LUMPUR : Arwah sihat sebelum minum petang, dia sempat menjamah cekodok untuk hidangan minum petang itu lah makanan terakhir arwah.

Isteri kepada Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Puan Sri Halijah Abdullah, 56, menjelaskan bahawa suaminya sesak nafas selepas menikmati juadah ketika minum petang di rumahnya di Hulu Klang, di sini hari ini.

Berkata kepada utusan online , ekoran itu, Allahyarham dikatakan tercekik dan sesak nafas lalu Halijah cuba menepuk-nepuk belakangnya sehingga Allahyarham memuntahkan kembali makanan tersebut.



“Bagaimanapun selepas muntah, dia terus terkulai tanpa ada sebarang respons dan tindak balas. Jadi saya minta tolong jiran untuk membawanya ke klinik.
“Setibanya di klinik, empat kali saya minta doktor lakukan pemeriksaan sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan (ke klinik),” tambahnya.
Sementara itu, beberapa rakan artis mula kelihatan hadir seorang demi seorang untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.
Antaranya Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Yusof Haslam, Datuk Nash, Ogy Ahmad Daud, Aida Khalida dan Sharonizam.
Jenazah akan dimandikan di rumahnya dan disembahyangkan di Masjid Ar-Ridhuan Hulu Klang pada pukul 8 pagi dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Klang kira-kira pukul 10 pagi esok. Al fatihah 

0 ulasan :

Catat Ulasan