Jumaat, 3 Mac 2017

Sayu : Anak saya dah tak ada .. Wanita mengandung 8 bulan dan suami parah anak dalam kandungan maut tercampak perjalanan ke Klinik (5Gambar)


Kubang Kerian : Seorang wanita yang mengandung 8bulan bersama suami nya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka berdua telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Proton Wira di di chicha kubang kerian pada 2 March lalu. 

Apa yang lebih malang mereka suami dan isteri dalam perjalanan ke Klinik kesihatan untuk lakukan pemeriksaan kandungan isteri nya.

Dalam kemalangan tersebut suami isteri ini cedera parah manakala anak dalam kandungan yang berusia 8 bulan maut impak dari kemalangan itu.

Kini seorang rakan pada pasangan ini meminta pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan bersama pasangan ini tampil berjumpa pasangan ini, kerana mengikut nya tiada pun wakil dari wanita pemandu Proton wira yang melanggar pasangan itu.

Ini luahan nya di laman sosial.


Assalamualaikum 
Mohon solat hajat buat sape2 yang mengenali siti nurjihan dan pasangan omar..
Cuma nak bagitahu pasangan suami isteri yg kemalangan ni adalah sahabat baik saya..
Mereka bakal menyambut kelahiran bayi sulung.. bayi baru berusia 8bulan..

Tapi.. disebabkan kemalangan ni, 
sahabat saya kehilangan anak pertamanya dalam kandungan, kaki 2 belah akan dimasukkan besi, dagu kene jahit, mulut habis bengkak and kene jahit, badan habis semua bengkak..
Manakala si suami cedera belah mata, dan kaki akan dimasukkan besi..
Bayangkan..kehilangan baby pertama..anak sulung..apa perasaan anda semua?

mereka dalam perjalanan ke klinik untuk temujanji si ibu mengandung..
Tapiii!!! Kerana kecuaian kak, sahabat saya kehilangan anak pertama..suami isteri ni kena dibedah untuk dimasukkan besi di kaki..
Tapi apa akak buat??? 
Akak xdatang mintak maaf pon dgn keluarga sahabat saya ni..
Akak xdatang jengok pon sahabat saya di wad icu..malah!!! Akak buat laporan polis kawan saya dtg dari arah bertentangan..sampai hati akak kan.. takut sgt ke sampai buat mcam ni? Xbertanggungjawab langsung..

Kawan saya tu berada di laluan uturn, so betul lah dia stop situ..sbb ada 3 laluan..laluan tepi untuk uturn..tapi akak pegi langgar diorg dari belakang..xcukup ke 2 laluan yang disediakan buat pemandu? Itu salah akak..sbb masuk laluan org.. malah akak blh plk buat laporan polis palsu! Sampai nya hati akak ye..
Yang menaiki kereta tu, merupakan seorang perempuan..dan dengar khabarnya merupakan seorang pekerja MAIK!! 
Saya mohon keadilan buat sahabat saya..

Xpe kak..kalau akak terlepas dgn mahkamah dunia,mahkamah akhirat ada kak..
Salah ke dtg mintak maaf kak? Salah akak..salah ke dtg melawat kak? Sbb salah akak..tapi kenapa akak buat laporan palsu kak? 
Pasangan ni ada bukti tempat arah yg diorg tuju..

Xpe kak.. Allah adil kak.. saya sebagai sahabat dia, xsanggup tgk mak dia menangis..xckup rehat..rase anak dia dianiayai.. sebegini kuat ujian Allah..
Semoga pasangan tabah menghadapi...
Aq syg sahabat aq.. -Sobi Bie

Sungguh sedih apa yang berlaku diharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

Takziah pada pasangan ini yang kehilangan anak sulung mereka yang dalam kandungan berusia 8 bulan semoga pasangan ini juga cepat sembuh, Al fatihah buat anak syurga mereka.

0 ulasan :

Catat Ulasan