Selasa, 21 Mac 2017

Rehat dengan tenang sayang .. Mualaf sempat hantar foto terakhir buat isteri sebelum maut kemalangan (6Gambar)

KUALA LIPIS : Seorang wanita tidak menyangka sepeninggalan suami nya ke kenduri kahwin bersama rakan nya adalah perjalanan terakhirnya,arwah maut bersama seorang anak rakan nya yang berusia 1 bulan apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah nya di Puchong.

Paling mengundang pilu apabila arwah suami nya yang juga seorang mualaf sempat menghantar gambar kepada diri nya, itu merupakan foto terakhir dari arwah suami nya kepada diri nya sebelum maut kemalangan.

Sinar Harian melaporkan dua individu termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta Toyota Vios di Kilometer 7 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Tempoyang di sini, semalam.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Syafiq Khor Abdullah, 45 yang merupakan seorang mualaf dan seorang bayi lelaki, Muhammad Nur Rayyan Sulaimi Abdullah yang berusia sebulan.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu bapa Muhammad Nur Rayyan Sulaimi, Suhaimi Mohamed, 40 bersama ibu, Nor Faizula Md Yusoff, 26, serta Muhammad Syafiq Khor yang merupakan rakan Suhaimi dalam perjalanan dari Merapoh menghala ke Lipis.



“Keluarga terbabit dikatakan baru selesai menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu, Kelantan dan dalam perjalanan pulang ke Puchong, Selangor.

“Sampai di tempat kejadian kereta dipandu Suhaimi terbabas dan berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Dalam masa sama datang sebuah kereta dipandu Jesse Thoo Joon Ming, 41, dari arah Lipis ke Merapoh mengelak ke kiri jalan tetapi berlanggar dengan kereta dipandu Suhaimi,” katanya.

Azry berkata, akibat perlanggaran itu Muhammad Syafiq Khor yang duduk di bahagian kiri penumpang belakang maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Muhammad Nur Rayyan Sulaimi yang duduk di pangkuan Nor Faizula di bahagian penumpang hadapan kereta pula terlepas dari pegangan ibunya dan tercampak keluar dari kenderaan.

Beliau berkata, bayi tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan badan telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Lipis.

“Jesse dan Nor Faizula yang cedera menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis, manakala Suhaimi tidak cedera,” katanya.

Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Puchong, Selangor.

Semoga Puan Yanti tabah kehilangan suami tercinta, semoga rohnya tenang disana bersama insan-insan yang diredhai yang maha esa. Al fatihah 

0 ulasan :

Catat Ulasan