Rabu, 15 Mac 2017

Meraung pohon maaf dari ibu .. fifi di penjara gara-gara tumbuk pemandu van sekolah sampai mati (3Gambar)

KLANG : Seorang bekas operator kren menangis teresak-esak sambil bersujud di kaki ibunya memohon maaf selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pemandu van sekolah pada tahun lalu.
Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh Mohd. Fifi Md. Yousoff, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Kronologi Kejadian : 
1.Pada 3 Feb 2016 , lebih kurang jam 1730 , mangsa Mohammad Izhharuddin bin Nordin telah mengambil beberapa pelajar dari sekolah agama yang terletak di Jalan Hasan , Sungai Udang , Klang dan kemudiannya telah menghantar pelajar – pelajar tersebut kerumah masing – masing yang terletak di kampung Delek , Klang .
2.Lebih kurang jam 1845 , tidak jauh dari tempat kejadian , saspek telah meminta mangsa memberhentikan van kerana tidak puashati diatas tindakan simati yang tidak mengambil anak buahnya ( saspek ) di sekolah agama. Sejurus kemudian telah berlaku pertengkaran dan saksi ditempat kejadian juga melihat saspek yang berada luar pintu tempat duduk pemandu telah menumbuk simati yang di waktu itu berada ditempat duduk pemandu.
3.Setelah menumbuk beberapa kali , suspek terus beredar dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal.
4.Suspek dipercayai menumbuk beberapa kali di bagian dada mangsa yang didakwa memiliki penyakit jantung.
5.Kira – kira jam 1900 , ibu mangsa telah pergi ke tempat kejadian apabila dimaklumkan oleh kakak saspek bahawa saspek yang merupakan adik lelakinya telah bergaduh dengan simati ditempat kejadian . Setibanya di tempat kejadian , emak simati melihat anaknya Izhharuddin bin Nordin telah tidak sedarkan diri .
6.Sepasukan polis dari IPD Klang Selatan yang diketuai KPD telah tiba dan menjalankan siasatan,Pasukan forensik dari IPK yang diketuai oleh Insipektur Harman telah tiba dan membuat pemeriksaan .
7.Saya salah seorang penduduk Kampung Sungai Udang dan berada semasa kejadian.Selesai sahaja urusan polis/forensik mengangkat mayat ke atas trak Polis dalam pukul 10.00pm,Hujan renyai renyai tiba-tiba turun serta merta.walaupun sebelum itu tiada tanda tanda akan hujan dan menyebabkan org ramai beredar.”Saksi”
8.Mangsa dan abangnya bakal bernikah dengan gadis pilihan masing-masing pada 28 Februari ini.
9.Kira kira sekitar jam 12 tengah hari tadi jenazah mangsa di pulangkan kerumahnya dan disembahyangkan selepas solah zuhur di surau khusyairiah,dan dikebumikan di tanah pekuburan islam sungai sireh.
10.Butiran Mangsa : Mohammad Izhharuddin bin Nordin
KPT : 930808 10 5157
Umur : 23 Tahun
Kerja : Pemandu van sekolah

11.Butiran suspek:yang telah di tangkap : Mohd Fifi bin Mohd Yusoff
KPT : 861115 43 6539
Umur : 29 (Melayu)

Mengikut pertuduhan pilihan itu, tertuduh yang telah berkahwin didakwa menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin (gambar kecil), 24, dengan mengetahui bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan kematian mangsa di Jalan Sungai Udang di sini kira-kira pukul 6.40 petang, 3 Februari 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Suzana turut meme­rintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula semalam, ini lah musibah jika tidak dapat kawal perasaan bertindak ala semseng sehingga meragut nyawa orang lain.

0 ulasan :

Catat Ulasan