Jumaat, 17 Mac 2017

Maut bersujud diatas kubur .. motosikal terbabas langgar pagar dia tercampak diatas kubur (5Gambar)

Alor Gajah : Seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar kolej Risda Lendu maut apabila motosikal  yang ditunggang nya terlibat dalam kemalangan malam tadi berhampiran tanah Perkuburan Lendu menghala Masjid Tanah.

Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar tanah perkuburan tersebut yang membuatkan mangsa tercampak ke dalam kawasan tanah perkuburan tersebut, mangsa maut serta merta ditempat kejadian.


Apa yang mengundang pilu jasad mangsa betul-betul berada di atas salah satu kubur dengan keadaan bersujud, mungkin mangsa menahan kesakitan di akhir hayat nya.

Tiada info jelas mengenai kejadian ini namun disahkan oleh pelajar media sosial dikawasan terbabit yang kes ini berlaku malam tadi, punca kejadian kini siasat oleh pihak berwajib.

0 ulasan :

Catat Ulasan