Ahad, 12 Mac 2017

Malang si bapa bertimpa .. Perjalanan pulang bawa ubat bayi nya dia putus kaki kemalangan (6Gambar)

JERTIH : Malang bertimpa buat sibapa ini dalam perjalanan pulang membeli ubat ubat bayi nya di putus kaki kemalangan, sungguh mengundang pilu apa yang berlaku dia mugkin akan cacat selamanya.

Seorang pekerja kontraktor Telekom Malaysia (TM) hampir putus kaki dan tangan kirinya apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta dalam kemalangan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Kota Putera, jalan pantai Bukit Keluang, pagi semalam.

Agak memilukan kerana kejadian tersebut berlaku ketika mangsa, Tengku Reduan Tengku Musa, 28, dalam pulang ke rumahnya selepas mendapatkan ubat untuk anak bongsunya berusia tujuh bulan yang demam sejak beberapa hari lalu.

Isterinya, Hasma Hasrina Osman, 24, berkata, suaminya keluar dari rumah di Kampung Air Tawar kira-kira jam 11 pagi untuk pergi mengambil madu kelulut dan herba di rumah iparnya di Kampung Keluang.




Menurutnya, madu tersebut mahu digunakan untuk merawat bibir suami yang pecah manakala herba itu untuk memandikan bayi yang demam.

“Kira-kira jam 11.30 pagi, saya menerima panggilan memaklumkan suami terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta,” katanya yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Besut semalam.

Hasma berkata, dia terkejut dengan kejadian itu kerana suaminya keluar rumah kira-kira 30 minit sebelum kejadian itu dalam keadaan sihat dan riang tetapi bertukar sekelip mata.

"Saya risau tengok kecederaan suami yang parah bila bahagian betis dan lengan kirinya hancur serta hampir putus akibat kemalangan itu.

"Awalnya dia boleh bercakap tapi lepas itu tak sedarkan diri selepas darah banyak keluar. Difahamkan dia akan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut," katanya yang mempunyai tiga anak perempuan berusia tujuh bulan, 3 dan 6 tahun.

Katanya, beberapa hari sebelum kejadian suaminya ada bergurau memberitahunya dan saudara mara lain iaitu sekiranya dia keluar bersama anaknya dengan motosikal serta tidak pulang bermakna dia mati.

"Waktu itu saya tak pandang serius apa yang dikatakan suaminya kerana menganggap ia hanya gurauan," katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika Tengku Reduan dari arah Bukit Keluang ke Pangkalan Nyireh memandu motosikal Yamaha 125.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback di hadapannya namun ketika memotong kereta tersebut tiba-tiba membelok ke kanan.

“Motosikal mangsa melanggar bahagian sisi kanan berhampiran cermin padang sisi kereta tersebut dan melambung ke tepi jalan.

“Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah sementara pemandu kereta hanya cedera ringan,” Katanya.

0 ulasan :

Catat Ulasan