Selasa, 14 Mac 2017

Kurang liputan akhbar mengenai pemandu lawan arus .. Netizen hanya mahu keadilan buat si mati(5Gambar)

Permatang Pauh : Kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, yang maut dalam kemalangan di Pulau Pinang pagi tadi terlalu pahit untuk diterima isterinya, Norashikin Abdul Halim, 26, yang kini hamil empat minggu.

Netizen agak pelik kurang liputan akhbar dan pendedahan mengenai suspek kes pandu lawan arus, ada juga yang mempersoalkan kenapa begitu dia terang bersalah memandu secara merbahaya yang menyebabkan nyawa orang lain melayang.

Nitizen juga mahu pesalah dihukum setimpa tampa sebarang pembelaan bagi menuntut keadilan buat simati serta buat isteri yang kehilangan suami serta keluarga mangsa.



Menurut bapa Mohamad Fandi, Rosli Lin, 56, keluarganya berharap hukuman setimpal dikenakan ke atas remaja berkenaan yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan itu.

“Norashikin yang kini bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang Selangor dan anak sulung saya itu baru berkahwin Disember tahun lepas. Menantu saya itu sedang mengandung… kini suaminya sudah tiada.

“Apa yang berlaku ini tentu sukar diterimanya yang kehilangan suami dan seluruh keluarga kami. Apa pun kami reda,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Seri Pinang Jalan Tikam Batu di sini petang tadi.

Kemalangan dikatakan berlaku pada pukul 7.50 pagi ketika Mohamad Fandi dalam perjalanan balik ke rumah keluarganya itu setelah selesai berkerja di sebuah kilang di Seberang Jaya Pulau Pinang.

Ibu Mohamad Fandi, Noor Suriani Ismail, 47, pula berkata, menantunya, Norashikin merancang pulang ke rumah mereka itu pada 19 Mac ini untuk menghadiri kenduri seorang rakan di Alor Setar.

“Bagaimanapun, hasrat arwah membawa isterinya itu ke majlis kenduri kawan mereka tidak kesampaian,” katanya.

Dalam pada itu, jenazah Mohamad Fandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pokok Asam, di sini kira-kira pukul 7 malam tadi.

Norashikin yang berasal dari Alor Setar kelihatan tidak bermaya dan enggan ditemubual wartawan

0 ulasan :

Catat Ulasan