Khamis, 9 Mac 2017

Kejam !! Punca bekas tentera laut dikelar leher sehingga maut .. Arwah sufian baru balik ke kampung jumpa isteri dan anak (8Gambar)

Sitiawan : Hancur luluh hati seorang isteri melihat jasad suami terbujur kaku didalam semak dengan kesan kelar dileher.
Dia baru sahaja pulang kekampung untuk bercuti bersama isteri dan anak nya,kini dia telah pergi selamanya dalam keadaan yang amat tragis.
Mungkin kah dendam punca dia dibunuh kejam tidak lah pasti kes ini kini disiasat oleh pihak berwajib.
Akhbar melaporkan bekas anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan Kampung Cina, Taman Sri Mawar di sini, 8.30 pagi tadi.






Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Supian Md Samat, 34, ditemui terbaring berlumuran darah di dalam semak dengan kesan kelar di leher oleh orang awam yang melalui kawasan berhampiran.
Difahamkan, mangsa dikatakan baru pulang bercuti dari kursus di Kedah dan tinggal di Taman Sri Mawar dekat sini bersama isteri dan seorang anak perempuan.
Turut ditemui motosikal mangsa dalam keadaan tumbang kira-kira dua meter daripada mayat.
Isteri mangsa turut berada di lokasi bagi urusan pengecaman mayat sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Zailan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan lanjut masih dijalankan. Al fatihah 

0 ulasan :

Catat Ulasan