Sabtu, 11 Mac 2017

Isteri nekad potong setelah 10 tahun menderita diabai .. ini lah dendam isteri dahaga (4Gambar)

New Delhi : Seorang isteri di India memotong kemaluan suaminya selepas lelaki berkenaan enggan mengadakan s*ks dengannya selama lebih 10 tahun.
Rita Yadav, 28, menyerang suaminya, Ved Prakash, 31, di kediaman mereka di Ghaziabad, Uttar Pradesh, negeri di utara India, Khamis lalu.
Dia mendakwa suaminya enggan mengadakan s*ks sepanjang 10 tahun daripada 11 tahun perkahwinan mereka dan percaya Prakash mempunyai kekasih lain.


“Dia pernah berkata, dia bencikan saya. Kami bergaduh setiap hari. Dia berkata, dia benci melihat wajah saya dan mengancam menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Saya terdesak untuk mempunyai anak. 
Saya rayu supaya dia mengadakan s*ks dengan saya tetapi dia berkata, dia akan melakukannya dengan wanita lain. Saya sudah tidak dapat menahan perasaan lagi,” kata Rita.
Dia akhirnya bertindak untuk meluahkan rasa marahnya Khamis lalu apabila Prakash, pemandu teksi, pulang dari syif malam dan terus ke kamar mandi.
Semasa itu lah dia nekad memotong kemaluan suami nya hingga putus yang menyebabkan berlumuran darah.
Suaminya di masukan ke hospital untuk menerima rawatan,namun ia nya sudah tidak dapat diselamatkan, ini lah padah isteri dahaga apabila di abai lebih 10 tahun.

0 ulasan :

Catat Ulasan