Rabu, 15 Mac 2017

Dulu boleh gelak-gelak happy-happy..kini menunggu mati sebab bunuh anak sendiri (5Gambar)

Johor Bahru : Bapa bersama teman wanitanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak kandungnya, empat tahun lalu.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Kedua-dua tertuduh, Mohd Imran Mohd Ramly, 34, dan Norhidayah Mamid, 30, kelihatan sayu sebaik mendengar hukuman yang dijatuhkan mahkamah.
Dalam penghakimannya, Collin berkata, walaupun tiada saksi di lokasi kejadian, keputusan boleh dibuat berdasarkan keterangan mengikut keadaan.
"Pakar patologi mengesahkan terdapat kesan pukulan objek tumpul di kepala mangsa secara berterusan selama tiga bulan yang mana sepanjang tempoh berkenaan, mangsa di bawah jagaan kedua-dua tertuduh," katanya.


Mohd Imran yang juga bekas pengurus syarikat dan Norhidayah yang tidak bekerja didakwa membunuh Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran berusia tiga tahun ketika di rumah bernombor A 2-22 Apartment Sri Putra, Jalan Meranti 7, Kulai, antara 12 tengah malam 16 Disember 2013 hingga 6.45 petang, 19 Disember 2013.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman mengemukakan 13 saksi pendakwaan sepanjang prosiding perbicaraan yang berjalan sejak 12 Januari 2016.
Kedua-dua tertuduh kemudian dipanggil membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan memilih untuk memberi keterangan bersumpah dengan dua lagi saksi.
Mohd Imran diwakili peguam Normah Desa dan peguam Shahruddin Osman mewakili Norhidayah.

0 ulasan :

Catat Ulasan