Rabu, 15 Mac 2017

Dua maut jasad berkecai motosikal dilanggar .. mangsa jatuh digilis beberapa kereta lain (6Gambar)

Jasin: Dua maut , seorang parah dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Lebuh AMJ berhampiran persimpangan Batu Gajah, Jasin di sini, 10 malam tadi.
Jasad salah seorang mangsa hancur dengan perut terburai akibat dilanggar beberpa kereta lain selepas jatuh tercampak dari motosikal akibat dilanggar.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Sakri Yusoff@Zahari berkata, mangsa yang maut kedua-duanya lelaki yang juga penunggang dan pembonceng motosikal berusia 16 dan 41 tahun.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal berkenaan yang datang dari arah Muar ke Melaka membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu anggota polis berusia 25 tahun yang datang dari arah bertentangan.





"Kereta terbabit kemudian terhumban ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter mengakibatkan pemandunya berusia 25 tahun parah, " katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini malam tadi.
Menurutnya, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal kemudian dipercayai digilis sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah Melaka menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Sakri Yusoff berkata, mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan identiti semua mangsa sedang dikenal pasti.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 ulasan :

Catat Ulasan