Isnin, 13 Mac 2017

Dah langgar terus blah .. Suami maut isteri parah motosikal di langgar lari oleh treler (5Gambar)

Kota Kinabalu : Penunggang maut manakala pembonceng parah apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sepanggar, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu, penunggang Freaddysiswanto Jaihya, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng Shellisthowell Musah, 18, parah di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati arah laluan kedua-dua kenderaan belum dikenal pasti kerana ketika kejadian pemandu treler tiada di lokasi kemalangan.



"Pemeriksaan lanjut mendapati penunggang dalam keadaan tertiarap di lorong kanan dari arah Politeknik Sepanggar, menghala ke arah lampu isyarat KKIP dan meninggal dunia.
"Pembonceng yang parah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut," katanya di sini, hari ini.
Chandra berkata, usaha mengesan pemandu treler terbabit masih dijalankan dan punca kemalangan belum dipastikan lagi.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

0 ulasan :

Catat Ulasan