Isnin, 13 Mac 2017

Dah lah kecam kesihan dia ..dia mungkin meroyan kehilangan bayi nya (5Gambar)

Gara-gara artikal yang dimuat naik oleh Puan Yana Erryana di laman sosial mengenai dirinya yang kehilangan bayi nya baru-baru ini teruk dirinya dikecam oleh Netizen,  mula-mula mereka simpati namun kini keceman diterimanya.

“JURURAWAT kepit peha dan tolak kepala bayi saya ke dalam semula,” demikian dakwaan seorang wanita beserta luahannya yang menjadi tular di laman sosial sejak dua hari lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Yana Erryana mendakwa bayi sulungnya itu mati lemas ketika bersalin, kononnya disebabkan kecuaian jurarawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira enam bulan lalu.


Lantas menyebabkan golongan ibu bapa yang bersimpati dengan rintihan wanita itu mengambil pendekatan menghentam kakitangan HTAR tanpa mengetahui pucuk pangkal cerita. Malah ada pihak yang tampil melabel doktor dan kakitangan hospital berkenaan sebagai tidak bertauliah pula.
Menjawab persoalan orang ramai yang memihak kepada wanita berkenaan, pakar perubatan telah menjalankan siasatan dan tampil memberi penjelasan jelas mengenai perkara sebenar yang terjadi.
Kecaman diterima oleh nya : 
SI PEMFITNAH DAN SI PENGADU DOMBA
Mana Facebook Yana Erryana Love? Dah padam ke? Wahahahaha. Yang tukang hina pulak mana? Testes dan ovari dah kecut?
Pasal kes tolak kepala bayi semalam tu, nak tahu apa jalan cerita sebenar?

Si ibu tak kenang budi ni nak lahirkan anak, tapi placenta dia tak lekat. Maka bila kelahiran jadi (anak keluar dari rahim), si ibu ni boleh mengalami pendarahan melampau, dan boleh mati. Anak pun ada risiko mati.
Sebab tu nurse tahan dia bagi jangan teran. Bawak terus pi pembedahan nak selamatkan ibu dan anak. Pembedahan dah tentu si suami dia yang sign dan setuju. Tapi akhirnya, anak tak dapat diselamatkan. Si ibu je selamat.
Kes berlaku 6 bulan lepas. Tapi baru sekarang nak meroyan. Meroyan bulan 10 dan bulan 1 haritu takda pulak cerita pasal kena tolak bagai.
So, sekarang dia up post sampai dekat 20K share, 20K likes. Komen bertubi-tubi hina nurse dan doktor HTAR, dituduh sebagai pembunuh sedangkan nurse dan doktor nak tolong dia.
Konklusinya, nurse yang nak bantu dia dituduh pembunuh oleh orang yang dia sendiri sedang bantu. Dan juga dari masyarakat netizen yang 'prihatin'.
Tapi babak yang best nye, Yana Erryana Love ni tetiba menghilangkan diri. Dalam post punyalah penuh drama dia, emoji dia, hashtag dia. Bila dah ada yang buka kes, dia pulak hilang. Post pun entah kemana.
Dan yang memaki hamun jururawat dan doktor semalam, siap panggil kami setan, nak bunuh kami, nak sepak terajang kami tu mana? Dah ready nak merangkak kat Mahsyar ke camna?
Dari rasa simpati dengan cerita drama ni, aku akhiri dengan gelak sinis je. Si pemfitnah dan si pengadu domba dua-dua boleh mampuih.
Kredit : Pseudoscience Watch
Ikuti penjelasan penuh yang dikongsikan menerusi laman Facebook Pseudoscience Watch dan semoga ia dapat membuka mata dan ‘tidak mengeruhkan’ mentaliti sesetengah masyarakat kita.
Ini kenyatan mengenai perkara di atas oleh pihak Pseudoscience Watch
Viral cerita berkenaan seorang yang anak meninggal dunia di sebuah hospital. Cerita ni dah lama sebenarnya(dah settle dah pun medicolegalnya) tapi sebab si ibu baru menulis berkenaannya hanya skrg bersertakan tuduhan yang boleh tahan mengancam, baru ia menular 2-3 hari ni.
Takpe kita paham yang si ibu masih lagi berkabung dan berduka tentang kandungan tersebut. Mungkin juga masih mengalami kemurungan(post partum depression) yang berlanjutan. Kita boleh paham dan empathize. Tapi macam yang disebut, medicolegal kes ni sudah pun selesai dan tiada saman dari mana2 pihak pun berlaku. Sebab apa?
Sebab 99% daripada cerita yang sering diviralkan dan menular dalam FB ni, bila kita bukak file berkenaan kes tersebut dan disiasat, rupanya BERBEZA daripada apa yang berlaku. Tapi biasanya org viralkan dulu SEBELUM saman kalau betul ada kecuaian. Lepas geram.
So apa yang mereka TOKOK TAMBAH boleh digunakan semula terhadap mereka dalam hal ehwal perundangan. Sebab tu admin selalu ingatkan, nak viralkan apa2 dulu kalau betul ada isu, SAMAN dulu. Kalau tak pihak yang difitnah itu boleh SAMAN anda semula atas sebab anda buat cerita.
Here are some of the facts of the case:
1) Tiada siapa pukul dia. Nurse yang dia cakap puki*ak dan tuduh macam2 tu pun masih bekerja lagi disana. Sebab takde buat salah apa pun. Apa yang telah dilakukan dulu adalah berdasarkan garis panduan dan SOP yang digunakan di seleuruh DUNIA. Sebab apa?
2) Sebab kes tersebut merupakan kes placenta abruptio/abruption, dimana uri telah berpisah daripada lapisan rahim tersebut. Sejenis kecemasa kelahiran(obstetrics). Risiko tinggi utk mati akibat pendarahan pada ibu(700ml darah boleh keluar dalam seminit) so dalam 5 minit boleh arwah. Risiko tinggi untuk anak lemas sebab bila berlaku, uri tersebut tidak dapat lagi berfungsi untuk anak itu bernafas(mereka masih belum pakai paru2 ye). Lemas dalam beberapa minit juga. Yes every second counts.
3) Ramai ibu yang sudah ada pengalaman melahirkan sendiri boleh bagitau rasa kepala anak tu dah nak keluar tapi actually bila tgk kepala pun tak nampak lagi sebenarnya. Kalau betul boleh lihat(visualize) kepala dah dekat vagina, itu namanya crowning. Bila anak nak keluar, susah sebenarnya nak betul2 pin point kat mana kepala anak tu sebenarnya(lokasi sebenar/sensory localization) oleh ibu sendiri. Rasa memang dah kat hujung tapi exactly where? Dalam kes ini pula, bayi tersebut belum crowning. Sebab itu nurse suruh kepit jangan teran. Untuk apa?
4) Sebab nak tolak masuk buat pembedahan. Sebab placental abruptio yang dialami oleh si ibu itu, risiko tinggi untuk IBU dan ANAK untuk terkorban. Kan admin tulis risiko2 tersebut pada point no 2 tu? Berlaku dalam kes ibu tersebut. Worst case scenario? TELAH BERLAKU.
5) Lepas berlaku, gerenti akan ada siasatan. Tak perlu siapa2 nak saman atau report pun. GERENTI sebab bayi tersebut tidak survive. Tiada locus standi untuk saman pun sebab dalam kes ini TIADA kecuaian atau medical negligence telah berlaku. Taknak beranak kat situ? Hospital lain tetap buat dan ambil langkah yang sama sekiranya berdepan dengan situasi yang serupa.
6) Tiada saman yang telah dilanjutkan oleh penulis status yang menular tersebut.
7) Seperti biasa, golongan ruwaibhidhoh yang hanya berimankan Google dan doula douli cikebum sambut baby pun tak pernah sibuk jugak menghentam tentang perkara2 yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Kalau diletakkan dalam situasi yang perlu berhadapan dengan kes kecemasan kelahiran(obstetrics emergencies). Sah2 terlopong je mcm kes doula Yatt dulu. Dah dia buat2 pandai.
8) Sebab PW asyik tibai mereka, mereka memang terpaksa mengemis untuk job sebagai doula. Sampai terpaksa buat job2 lain takde kelulusan jgk tu. Sampai terpaksa cari mangsa kat tempat2 doula lain sampai bercakar sama sendiri. Korang gado PW tepuk tgn perati je kami tak masuk campur.
Seperti mana yang sering diingatkan, JANGAN CARI PASAL.
-entonox-

Semoga puan Yana Erryana terus tabah menempuhi hidup yang sudah berlaku dijadikan pengajaran semoga anak syurganya tenang disana. Al fatihah

0 ulasan :

Catat Ulasan