Jumaat, 17 Mac 2017

Angkara Ford Ranger habis minyak .. Penunggang motosikal maut rempuh belakang (5Gambar)

BUKIT MERTAJAM : Pergi mu di hari jumaat yang mulia, Arwah Hafiz maut motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang Ford Ranger gara-gara 4x4 tersebut kehabisan minyak dan berhenti tanpa sebarang tanda amaran, Hafiz maut parah dikepala.

Berita Harian seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah pikap di Kilometer 3.0 Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Mohamad Hafiz Mohamed, 22, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. 


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata nahas dipercayai berlaku apabila pikap itu bergerak perlahan di sebelah kiri jalan berikutan kehabisan minyak. 

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal sendirian untuk pulang ke rumahnya di Taman Nusantara, Jalan Makloom di Georgetown dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar belakang pikap berkenaan. 

"Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 ulasan :

Catat Ulasan