Jumaat, 24 Februari 2017

Sayu : Rehat lah dengan tenang cikgu .. Lagi 2 minggu akan bersara rupa nya selama nya dia pergi (5Gambar)

BACHOK : Jika sudah ajal, arwah akan bersara sebagi seorang guru dua minggu lagi arwah merupakan guru contoh banyak memberi idea dalam mendidik anak murid terutama mengenai agama.



Aruah ckup byk brbakti kpd pihak sekolah secara ikhlas..mmg kita org blh nampak....
1. program zikir setiap pg, program bacaan yassin dan smaye hajat bg pljr thn 6 setiap pg, program smaye zohor brjemaah setiap waktu seblm brmula kelas fardhu ain...antr cetusan idea aruah secara batin.
2. program pembangunan sekolah spt parking kereta, gotong royong jamuan, keceriaan dgn pokok buah2an dan plbgai lg...adalah antr cetusan idea aruah secara zahir.
...cukup2 brtuah tubuh badan yg brnama Tn. Hj. Masrof Adnin . Aruah merupakan sepupu bg Mantan MB Selangor.... Dato' Seri Khair Toyo....
Guru penolong kanan ko-kurikulum sekolah ditemui mati lemas di Pantai Telong di sini pagi tadi.
Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, dia telah melarang mangsa Masrof Adnin, 60, dari turun ke laut berikutan ombak agak 'kasar' pagi tadi.
"Kejadian berlaku dalam jam 9 lebih. Mangsa diselamatkan orang ramai menggunakan 'speed boat' penduduk kampung. Masa tu memang ramai orang yang tengah memukat ikan. Kami dah larang dia agar jangan pergi memukat ikan sebab ombak agak kasar pagi tadi.
"Namun, memang dah sampai ajal dia. Katanya dia akan bersara dua minggu lagi. Namun dia dikatakan tak mahu warga sekolah meraikannya dengan meriah. Dia tak nak hadiah banyak- banyak. Cukup dengan bacaan Yasin,"katanya.
Guru tersebut dikatakan mengikuti program bersama rombongan sebuah sekolah dari Dewan Beta sejak petang semalam.
Mangsa dikatakan datang untuk program sekolah yang disertai 120 murid bersama beberapa guru pengiring.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati rombongan sekolah berkenaan pulang lebih awal sedangkan jadual mereka sepatutnya pulang esok.
Salah seorang guru pengiring yang ditemui bagaimana tidak dapat ditemubual kerana masih terkejut dan sedih dengan tragedi tersebut.
Manakala, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok, Mohd Faizal Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang ramai pada jam 10 pagi.
Beliau berkata, lima anggota APM bergegas ke lokasi namun dimaklumkan mangsa sudah ditemui dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok.
"Mangsa dipercayai memukat ikan sendirian sebelum lemas dan sempat dilihat oleh orang ramai yang berada di pesisir pantai.
"Mangsa diselamatkan orang ramai yang berada di situ dan dibawa ke klinik kesihatan berhampiran. Namun mangsa disahkan telah meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah mengesahkan kejadian.

0 ulasan :

Catat Ulasan