Selasa, 28 Februari 2017

Sayu : Rehat dengan tenang sahabat .. Ajal mu pukul 5.30 diperjalanan mencari sesuap nasi (6Gambar)

Shah Alam : Seorang pemandu Bas Rapid maut apabila motosikal terlibat dalam kemalangan pukul 5.30 pagi tadi berhampiran Plaza Tol Shah Alam.

Mangsa yang dikenali dengan nama Rusman Kamaruddin maut ditempat kejadian akibat cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta.



Dia dalam perjalanan ke depos Bas nya untuk memandu bas, ini luahan sayu sahabat arwah yang turut merasa kehilangan arwah akibat kemalangan pagi tadi.
Seorang rakan seperjuanganku telah pun menghadap llahi jam 5.30pagi tadi berhampiran Plaza Tol Shah Alam ketika di dalam perjalanan mencari sesuap nasi.Marilah kita sedekahkan Al fatihah kepada Allahyarham Rusman semoga rohnya dicucuri rahmat.Al Fatihah- Apong Bas 

Sedih apa yang berlaku arwah yang dalam perjalanan mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta dan tanggung jawab kepada keluarga, semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini. Al fatihah


0 ulasan :

Catat Ulasan