Selasa, 28 Februari 2017

Sayu : Guru berusia 30 tahun mahu bunuh diri cuba terjun tingkat 4 SMK Putrajaya Presint 9 pagi tadi (6Gambar)

PUTRAJAYA : Seorang guru lelaki berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba terjun dari tingkat empat di Sekolah SMK Putrajaya Presint 9, pagi tadi.
CUBAAN BUNUH DIRI SEORANG LELAKI 30an DARI TINGKAT 4 SMK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya pada pukul 10.19 pagi.




Mangsa, seorang guru lelaki lingkungan usia 30-an dipercayai mempunyai masalah kesihatan dan tekanan perasaan cuba untuk terjun dari tingkat 4 bangunan utama sekolah semasa sesi pembelajaran berlangsung tetapi berjaya dipujuk oleh seorang guru semasa anggota Bomba sampai.
Tindakan anggota mengawal keadaan dan bersedia di tingkat 4 kerana dikhuatiri mangsa akan bertindak aggresif. Mangsa telah berjaya ditenangkan dan dibawa ke bilik rehat serta menerima rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya oleh peg.perubatan hospital.
-info dari PRO PUTRAJAYA.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, cubaan guru yang berusia 30-an untuk terjun dari bangunan utama sekolah tersebut berjaya dihalang selepas dipujuk oleh seorang guru lain.
Keadaan berjaya dikawal anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu.



0 ulasan :

Catat Ulasan