Rabu, 10 Mei 2017

Otaknya berterabur kaki nya patah .. ketika bersila buka tayar Mat Kesom diseret lori (6Gambar)

DUNGUN : Mat Kesom nama panggilan buat arwah Mohd Zulaini Safee, yang maut tragis awal pagi tadi di LPT2.

Seorang insan yang sangat disenangi dan dikenali dikalangan rakan-rakan, permergian dengan tragis mengundang pilu rakan-rakan arwah terutama rakan mangsa yang turut sama terlibat dalam kemalangan terbabit.

Rakan arwah yang tercampak kegaung akibat rempuhan tersebut dan cedera dia menceritakan detik-detik kemalangan yang mengorbankan rakannya mat kesom. 

Sinar Harian melaporkan Anggota polis dan pekerja lebuh raya Pantai Timur Fasa II (LPT2) terpaksa mengutip serpihan otak seorang lelaki yang bertaburan di atas jalan selepas  terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 360.5 LPT2 arah Kuala Terengganu- Kuantan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa Mohd Zulaini Safee, 31 yang sedang bersila untuk menukar tayar keretanya yang rosak di rempuh oleh sebuah lori dan meninggal dunia di lokasi kejadian.






Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa Mohd Zulaini Safee, 31 yang sedang bersila untuk menukar tayar keretanya yang rosak di rempuh oleh sebuah lori dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret dan keadaan tubuh badan cedera teruk serta kepalanya parah, malah serpihan otak berterabur di atas jalan.
Rakannya, Mohd Abdul Azhim Suhairi, 18 berkata, sewaktu kejadian dia dan mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke Kemaman.

"Pada jam 11 malam tadi kami ke rumah abang arwah di Manir untuk mengambil baju kerja dan pulang semula ke Kemaman kira-kira jam 2.00 pagi.

"Sewaktu perjalanan pulang kereta  Produa Myvi yang kami naiki dan dipandu arwah mengalami kerosakan apabila tayar pancit.

"Lebih kurang 1 jam lebih kami menunggu dua lagi rakan dari kemaman untuk menghantar peralatan bagi membaiki kerosakan.

"Ketika arwah sedang bersila untuk membuka tayar , dua lagi rakan sedang menyuluh dengan lampu, manakala saya berada di tempat pemandu untuk membuka bonet hadapan datang sebuah lori.

"Lori tersebut terus menyapu arwah yang sedang bersila, seorang rakan tercampak ke dalam gaung, seorang lagi tersangkut pada besi penghadang jalan.
"Saya di dalam kereta terhantuk dan bergegar-gegar tetapi Alhamdulillah masih selamat.

"Kejadian berlaku dalam sekelip mata dan ketika kereta terseret  saya terjerit-jerit memanggil nama arwah "mamat...mamat".

"Bagaimanapun sebaik sahaja keluar dari kereta saya hilang kata-kata melihat keadaan arwah berada dalam keadaan menyayat hati.

"Otaknya berterabur, kaki patah dan saya sedar dia sudah meninggal dunia,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di unit forensik Hospital Dungun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mangsa yang juga bekerja sebagai buruh operasi di sebuah syarikat perindustrian di Kemaman di bawa ke Hospital Dungun untuk urusan lanjut dan diserahkan kepada waris.

Semoga roh mat kesom dicucuri rahmat dan rakan arwah yang troma dan cedera kembali sembuh sungguh tragis apa yang berlaku. Al fatihah 

Selasa, 9 Mei 2017

Bisikan kalimah terakhir .. Polis maut isteri parah motosikal dirempuh angkara kereta potong tak lepas (10Gambar)


Jempol : Ajal diatas jalan raya, dalam suasan sayu arwah sempat diajar megucap oleh orang ramai yang berada ditempat kejadian, itu lah bisikan kalimah terakhir buat arwah.

Akhbar melaporkan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol maut manakala isterinya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Nahas berlaku di KM2 Bandar Seri Jempol - Serting Tengah kira-kira jam 8 malam tadi,Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, ketika kejadian pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari Serting Tengah menuju ke Bandar Seri Jempol.







Assalamualaikum
YDH Tuan KPD Jempol
Laporan kematian anggota Pondok Polis Mahsan, Bandar Seri Jempol, N/Sembilan
Terlibat dalam kemalangan Jalan Raya di Spg Pej Lembaga Getah Malaysia, Jln Serting Tengah, Bandar Seri Jempol, NS pada 9/5/207 jam l/kurang 2000hrs
Nama: Mat Napi Bin Mohamed
KPT: 670409-03-xxxx
No personal: R4127xxx
T/Lahir: 9 April 1967
Umur: 50 thn
Alamat asal: Bachok, Kelantan
Masuk Polis pada 01 August 1994
Mulai bertugas di IPD Jempol, NS pada 01 Jun 2011
Tugas terakhir: Ketua Pondok Polis Mahsan, BSJ
Telah beriateri dan mempunyai 5 orang anak.
Nama isteri:
Mazzlyana bte Yassin
KPT: A 3750xxx
Umur: 40 thn
Alamat asal: Kg Baru Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol, NS
Anak - anak
1) Nur Aida Izatti, umur: 23 thn
2) Nur Bashirah Izatti, umur: 20 thn
3) Mohd Aidil Hakim
Umur: 18 thn
4) Nur Syazwani Izzatti
Umur: 15 thn
5) Nur Farrah Izatti umur: 12 thn
Jenazah berada di hospital Jempol, NS
Jenazah akan dikebumikan di perkuburan Islam Ayer Hitam, pada 10/05/2017 jam 1230 hrs (sebelum Zohor)
Sekian terima kasih
----------------
N9RPTER
20.17 HOURS
9 MEI 2K17
LOKASI :SIMPANG LGM ,BANDAR SERI JEMPOL
KERETA BERTEMBUNG DENGAN MOTOR...
sama2 kita sedekahkan al-fatihah..

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios gagal memotong sebuah kenderaan lain lalu merempuh pasangan suami isteri berkenaan.

Mangsa Mat Napi Mohamed, 50, maut di tempat kejadian manakala isterinya Mazlyana Yassin, 40, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Jempol.

Pemandu dan penumpang kereta Toyoya Vios berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987. Al fatihah 

Maafkan abang sayang .. isteri baru bersalin maut diperjalanan pulang kekampung berpantang (10Gambar)

Kuantan : Keseronokan isteri untuk pulang kekampung halaman di Kelantan bagi berpantang setelah 10 hari bersalin bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan semasa perjalanan pulang ke Kelantan hari ini.
Azlinda Azizi sempat menulis dilaman sosial nya yang merupakan moment terakhir sebelum dia maut kemalangan.







Sungguh mengudang pilu ini merupakan perjalanan terakhir arwah Azlinda, Suami nya insan yang paling sedih kerana dirinya yang memandu kereta terbabit sebelum terlibat dalam kemalangan.

Portal IK&BM melaporkan seorang Anggota tentera kehilangan isteri apabila kereta jenis proton wira dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di km 26, jalan kuantan - Segamat kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Mangsa, Azlinda azizi meninggal dilokasi kejadian berikutan kecederaan parah.manakala suaminya dan seorang anaknya berusia kira-kira dua tahun cedera dikaki. dan seorang bayi berusia kira-kira 10 hari selamat.

dalam kejadian petang tadi.kereta dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari kluang johor menuju ke ketereh kelantan. untuk menghantar isterinya berpantang di kampung.

Ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa cuba memotong sebuah lori tetapi gagal. sebuah.lori lain cuba memotong lalu melanggar kereta dinaiki mangsa lalu terbabas ke dalam gaung sedalam 15 meter.

suami mangsa serta dua anaknya dibawa ke hospital pekan untuk pemeriksaan lanjut, punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, semoga suami ini tabah kehilangan isteri tersayang dengan anak yang baru 10 hari. Al fatihah

Rehatlah dengan tenang B .. sha cinta B hingga hujung nyawa walaupun B bekas suami sha (5Gambar)

Machang : Konstabel Mohd Faizal Pauzi , 31, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban maut dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah, Machang malam semalam,

Dalam kemalangan jam 3 pagi itu 2 maut dan turut menyebabkan tiga yang lain cedera termasuk dua parah.

Mangsa yang merupakan bapa tunggal setelah berpisah dengan isteri akibat tiada jodoh namun hubungan mereka tidak berakhir di situ walaupun dia dan isterinya telah berpisah.

Mereka tetap berhubung dan sentiasa bersama demi anak-anak hasil perkahwinan mereka.

Pemergian Faizal amat mengundang pilu bekas isteri nya Siti Fazani, sepanjang hari semasa jasad arwah Faizal di Hospital Machang Siti Fazani sentiasa di sisi walaupun mereka telah terpisah hidup.

Ini luahan sayu Siti Fazani yang juga merupakan seorang jururawat, mengenai pemergian bekas suaminya yang mesra dipanggil nya " B".



B...rindunye padamu...sesungguhnye tenang wajahmu bila berbaju putih..begitu jg wajah terakhirmu pd ptg semlm berselimut putih..tenang sgt sha tgok...hensem b smlm..senyum terbaring..wangi b..tp b dah x senyum mcm biasa..dh x nampak gigi b yg putih tu..bila pgg tgn b..b dh x sambut tgn sha mcm biasa..bila sha tgok b..b dh x sengih pun kt sha...b senyap je..tenang je wajah b kan..smlm..bila kita sampai umh b dgn van jenazah..ramai yg menyambut b kan..tringat mcm mula2 sha sampai umah b dulu..ms majlis bertandang ke umah b..masa kita mula2 kawin dulu..masa tu..keta pun penuh dpn umah b...tp masa tu b yg sambut sha dgn berpakaian baju melayu warna hijau...hensem b masa tu kan..sume org ucapkan tahniah pd sha dan b..tp ms tu..b senyum je sambut sha depan umah..tp hari smlm..depan umah b..penuh jgk keta2 kwn2 n saudara mara b..tp dorg sambut b..dgn ucapan takziah..takziah yg bertalu2 pd sha...tp b xde kan...b baring dgn tenang dlm van...sha rindukan saat2 tu..dah x dgr da suara b skrg...b syp je...bila kali terakhir tatap wajah b smlm...Allahu..indahnye wajah b...cerah..tenang..dan hensem sgt2 b kan...luka kt dahi pun x nampak daa....sempurna...indah wajah b..harum la b smlm...b mmg suka yg harum2....b tido la..tido dgn tenang....sha pitam smlm b..tringat ms sha pitam dulu....kalut b kan...tp smlm..xdeape sambut sha b..sha bertahan..demi anak2..tp sha pun x sihat smlm..tetido b..byknye kenangan kita..walaupun b bukan lg suami sha di saat b pergi meninggalkan sha buat kali terakhir...tp selama mana b terbaring tenang smlm..sha x tinggalkan b tau..sha ade je dgn b smlm..sha x lari jauh pun tau..kita berpisah hidup..dsbbkan sudah suratan allah yg sudah tertulis...kita sama2 redha dgn perpisahan itu..b pernah ckp..sha cinta b hingga hujung nyawa...tp sha x pernah amik peduli ungkapan b tuu..sb sha percaya takdir kita utk berpisah sms b ada lg....tp skrg...hari smlm...8.5.2017 @2.20 am.....mmg betul ungkapan b tuu....cinta b hingga ke hujung nyawa b..baru sha tahu...b x cakap menipu..tp b mungkir janji pd sha..b ckp b nak jg anak kita smpai dorg besar kan...tp smlm b tinggalkan anak2 pd sha sorg2....Ya allah...berikan kekuatan itu pd ku...smg kenangan2 kita yg dlu..membuatkan sha redha dn kuat menjalani hari2 tanpa b sbgai ayah utk anak2 kita... smg b tido dan berehat dgn tenang...di sisi org2 yg beriman...dan Syuga tempat mu syg..
b tahu sha ni kuat sb tu tinggalkan anak2 pd sha sorg2 kan....xpe b...sha akan jg amanat b ni seelok2 nye...mcm b jgk...sha Syg b utk kali terakhir...sha kucup b tau..sejuk je b ...tp wangi sgt...Sha penat b..sha nak rehat dulu..Rinduu b selamanya.
Al Fatihah tuk b..tido la b..smg b tenang di sisi Allah..
23.11.86 - 08.05.17

Semoga Puan Fazani terus kuat dan tabah menempuhi dugaan ini demi anak dan semoga roh arwah Faizal tenang disana.

Ayet kembali tersenyum selepas peristiwa hitam itu.. moga terus kuat walau tidak sempurna (10Gambar)

Pada 28 April lalu Fareed Iskandar telah terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya, dia bertarung nyawa ekoran kemalangan itu setelah mengharungi berbagai pembedahan bagi merawat kecederaan akibat kesan kemalangan terbabit.

Setelah hampir 2 minggu bertarung nyawa dan paling menyedihkan apabila kaki nya terpaksa dipotong akibat telah rosak membusuk tidak dapat di selamatkan impak kemalangan terbabit.

Ibu nya Puan Noriza terpaksa memberi kebenaran untuk memotong kaki Fareed atau lebih mesra dengan nama gelaran Ayet demi menyelamat kan nyawanya. 

Hari ini Ayet kembali tersenyum setelah melalui detik hitam yang amat perit,namun rawatan terus diberikan pada nya dan dia terpaksa menempuh satu lagi pembedahan kata ibunya.i







Assalamualaikum semua...Allahu..manisnya senyuman anakku Fared Iskandar....lega sungguh hati mama ...hrini dia show a lot improvement..Tapi Masih kekurangan darah...hrini dktr transfusion darah pada Ayet...update terkini dktr plan UTk msukkn besi pada tangan belah kirinya..Waiting for qoutation...in sya Allah DLM wktu terdekat farred akan menjalankan Stu lagi pembedahan..in Sya Allah....Subhanallah..Allah maha penyembuh n maha pengasih....farred sembuh dengan begitu cepat...wlupun dia tidak sesempurna insan lain...tpi itu cukup membahagiakan mama...dan alhamdulillah dia sudah dapat menerima takdir n ketentuan yg terjadi pada dirinya...syukur alhamdulillah..semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dan anda semua yg sentiasa mendoakan kami.... Alhamdulillah...hanya ucapan terima kasih shja yg dapat kami sekeluarga ucapkan..semoga Allah membalas anda semua dgn seribu rahmat nya! In Sya Allah...slm syg dri mama n farred.....tq all!

Sama-sama kita berdoa agar Ayet terus kuat walaupun dirinya kini tidak sempurna seperti insan-insan lain Ayet masih punyai ibu yang sangat penyayang, adik beradik, guru-guru, Ustazah dan rakan-rakan yang sayang Ayet yang sentiasa bersama Ayet dalam susah dan senang.

Isnin, 8 Mei 2017

Tiada lagi Pink Busa minat motosikal hingga akhir hayat..Diana maut terbabas (10Gambar)

Mersing : Seorang penunggang motosikal kuasa tinggi wanita yang berasal dari Singapura maut apabila motosikal tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Mersing Johor semasa berkonvoi ke negara ini bersama rakan-rakannya. 

Mangsa yang dikenali dengan nama Diana atau Pink Busa  apabila motosikal kuasa tingginya terbabas dan dia tercampak ke atas jalan raya dalam kejadian itu.






Dia satu-satu nya penunggang motosikal tinggi wanita  yang amat dikenali nya kerana motosikal kuasa tinggi milik nya berwarna " Pink ".

Adik nya melalui laman sosial Diana mengesahkan Diana telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, apa yang berlaku mengundang pilu pada rakan-rakan konvoi yang mengenali arwah Diana, semoga roh nya dicucuri rahmat. Al fatihah